Monday, August 22, 2016

Pepatah



 Pepatah
I Peribahasa
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek  dengan makna yang luas, mengandung kebenaran, sedap  didengar, sedap, bijak perkataannya dan mudah dipahami

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Contoh
. Ada udang dibalik batu
    Artinya:
1. Mempunyai maksud tersembunyi yang tidak     ditampakkan.  
2.Kalah jadi abu, menang jadi arang
    Artinya: Menang atau kalah dalam suatu perselisihan pasti  merugi

Bentuk Pribahasa antara lain:

I Pepatah

      Pepatah adalah jenis peribahasa yang nasihat atau ajaran dari orang tua
Contoh:
a. Air tenang menghanyutkan artinya orang pendiam bayak ilmunya
b. Setinggi-tinggi bangau terbang hinggap kekubanganya juga artinya walaupun kemana saja orang pergi kelak tentu kembali ke negri sendiri 

II. Perumpamaan 

       Perumpamaan adalah jenis peribahasa yang berisi perbandingan yang menggunakan kata seperti, sebagai, bagai, bak, atau laksana.

Contoh:
a. Seperti pungguk merindukan bulan berarti mengharap-harapkan sesuatu yang tidak mungkin tercapai.
b. Bagai makan buah si malakama, dimakan ibu mati, tak dimakan bapak mati berarti serba sulit dalam menentukan sikap atau tindakan.


III
Pemeo 

       Pemeo adalah jenis peribahasa yang dijadikan semboyan.
Contoh:
a. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul berarti seia sekata, senasib sepenanggungan.
b. Patah sayap, bertongkat paruh berarti tidak berputus asa.

No comments:

Post a Comment